Wednesday, July 13, 2011

Senang hati

Assalamualaikum...
kejap aje masa berlalu..tuptup dah rabu,esok khamis..luse jumaat,kami suka weekend sbbnya dpt bersama sama ngan hero kami..Ihimran ler..ihiks...Hani dah 55 hari,membesar bagai johan ler,suka sngt gomol Hani,sampai naik rimas dia,dah pandai respon dgn suara bila kita bercakap dgn dia...suka sngt..suka sngt....sampai muncung2 mulut nak kuarkan suara...cuteeeeeeeeee sngt...;p

susu time....hani je x minum sbb kantinnya sedang sibuk..hahaha.
ni gambar lama,,time nak upload td terjumpa plak gambar ni..layan kan je la..

aku plak still batuk2 lg,lelah dtg balik..ala..x suka ler..x selesa nak pegang Hani..tp x pe la..kang penyakit tu penghapus dosa..maknanya aku ada dosa la tu.... Ya Allah..ampunkan dosa aku ya Allah....amin.

gtg..nak masak,nak siapkan keje,...ada 2 job menanti nak kena siapkan,minggu ni kena hantar jgk ler.....

Tuesday, July 12, 2011

Hannah yang rajin

hannah dah pandai tlg mama dia..terharu la plak rasanya..pantang tgk bilik keje mama bersepah,terus g amek penyapu,kekadang siap dgn mulut bebel.."heidi..lainkali simpan menan pas main..(padahal dia pun main jgk x kemas..hahaha)..
so skang lega la mama ye..hehe..thanks hannah..

Friday, July 8, 2011

Hannah lukih gambar Heidi

since hannah suka sngt melukih..so mama bg 1 task...

mama:kakak..cer lukih gambo Heidi
hannah:ok...kejap ye..
tadaaaaaaaaaaaaaaaaa......................


hjhjhj
.

Sunday, June 12, 2011

Mood berpantang.

*gambar 3 beradik...sweet sngt gambar ni..lain2 plak muka derang ni...

cam beria je aku berpantang..smngt before bersalin dulu kemain lg..tp failed..berbarut perut tu kejap aje,tp skang buat jgk,tp rongak la...haha...bukan x nak buat,tp malas nak citer kang ada org kata kau reka alasan..huhu..
tunggang langgang jgk keadaan nak biasakan keadaan dgn dunia baru ni..makan pun main hentam aje,nak memilih x boleh..lapar pulak,hubby bukan x tolong..tp x sempat sngt..dgn nak manage anak2 lg...keje2 umah lg..hohoho/..sngt penat.
Mujur aku ni ok,i mean dr segi pergerakan x de la terbatas sngt,if kena 'berjahit' x de la senang camni nak bergerak..
terus terang..aku sngt2 rindu arwah mak..masa nak beranakkan Hani tu aku terasa mak ada aje kat sebelah,masa saat Hani nak kuar tu..adoi..susah nak citer cmner...sngt sedih...perasaan aku jd sensitif sngt time lam pantang nih..
malas nak citer panajng hal yg x best..tp nak jgk update blog yg dah bersawang ni..
ALhamdulillah... Hani sihat dan berat nya masa nurse dtg umur 20 hari ritu dah 4.3kg..berkat susu mama..hehe...susu byk,sampaikan masa Hani tengah nyusu asek tersedak aje sbb susu kuat laju n Hani x sempat nak telan..apa lg..marah la dia.....hahha..sabar ye Hani...mama malas lg nak pum susu n bg susu guna botol..mama x larat lg...nanti ye sayang.

Nanti la update lg..nak sambung wat keje..tis week kena hantar 3 job..alhamdulillah rezeki anak2...

Sunday, May 22, 2011

Menjelang kelahiran


Menjelang kelahiran..

17 mei due…tp 2-3 hari b4 tu sy rasa dah rasa lenguh2..tp abaikan aje,sbb keje tgh byk,mmg kena submit lam minggu ni jgk,nasib Imran tlg siap amek cuti lg..thanks again to you Imran..;p.

Pg 17 mei,sj je pergi klinik nak checkup,tp masa kat bilik doc tu dah rasa sakit,tp x siyes la…boleh tahan lg,memandangkan aritu dah due date,doc kata check jalan…sy dah berdebar,takut pun ada,sbb sy ni mmg jenis x tahan sakit,..haha…doc check jalan dah bukak 3cm…doc bg pilihan nak admit terus or nak balik dulu,sy Tanya doc..mana lbh baik?doc kata x ksiah mana2 pun…sy pilih nak balik dulu,sbb tingatkan ada barang nak packing dan nak kemas umah sikit dan nak amek baju anak2 n baju baby..so sy balik la,masa tu jam baru kul 11 pg,sy mintak Imran ke taman menan bt.buruk,sbb dah lama janji ngan 2H nak bawak derang main2..Imran cam berat aje,tp sy kata x pe lg..boleh tahan lg (dalam hati takut juga..hehe)..lepak kat taman menan lam stengah jam juga,pastu sy panggil 3H tu ajak balik,pastu g kedai kejap sbb nak beli menan kat 2H(bekal suh duk diam masa sy sakit kat labour room nanti)..pastu g tapau nasik..sampai umah dah zohor…sy mandikan 2H..dah siap2 pakai baju lawa2,sbb plan nak g terus lam kul3 camtu…tp x sakit la pulak,sy sambung wat keje(packing brg dll)kemas umah sikit..pastu ngaji kejap..nak hilang kan rasa takut..mmg takut pun..hehe…dah masuk asar,sy sembahyang asar beriman dgn Imran…pastu sy sambung ngaji…mintak sngt2 dengan Tuhan permudahkan segala urusan sy nanti,mintak kurangkan rasa sakit dan mintak selamat semuanya. Dah kul 6 lbh tu,sy mandi kejap pastu mandikan 2H,siap2 dgn baju tido dah..6.40 tu dah rasa sakit makin kerap…sy cuba tahan sampai maghrib..pas solat magrib t uterus pergi kat klinik..sampai klinik doc check jalan baru 4cm..ala..sy dah cuak dah..lambtnya poses bukaan..pastu doc suh rehat kat bilik,sy call kakak sy nak mintak tlg amek 2H ni,kakak sampai lam kul 9 camtu,masa tu sy dah x rasa sakit..Cuma x benti lam hati doa mintak kurang rasa sakit nanti..(takut benir rasa sakit..hehehe)..lam kul 11 rasa sakit makin kuat…saya mintak Imran pngil doc,doc check jalan dah 6-7cm…sy mintak ubat tahan sakit..a.k.a ubat tido la…haha..terus dia marah,..dia kata tahan la sikit..dah x lama dah tu..kul12 sy minta nak buang air kecil..terus jalan ke bilik air..hilang kejap rasa sakit..kul 12.30 camtu la kot..dah lupa..sakit dtg balik..terus ke labour room…sakit sngt2 masa tu,tp mata ngantuk..sy cuba tido…tp x lena…tgk jam dah kul 1pg…tetiba rasa nak teran aje…doc kata jalan dah cukup 10cm..so dalam sakit2 tu sy teran la sekuat tenaga…lam 3-4 kali kot(x ingt) maka kuar la baby 3.4kg ni…Imran dah bgtau awal2 it’s a GIRL…hehhe…x kisah la..janji dah selamat…sy nangis lepas baby kuar..rasa bersykur sngat…Tuhan makbul doa sy…memang sngt mudah poses bersalin kali ni….sy bersyukur…sesungguhnya Dia Tuhan yg maha mendengar lg maha mengasihani..terasa kerdilnya sy…

Maka dengan lafaz bismillahhirrahmannirrahim…sy dan Imran sepakat nak namakan anak kami ni dengan nama HANI BINTI IHIMRAN..yang bermaksud berita kegembiraan…..:)

Maka bermula la kehidupan baru sy sebagai ibu beranak tiga…hehehe….

Thursday, April 14, 2011

Lagi sebulan..

Alhamdulillah...dah lepas fasa2 mabuk yg teruk,dah lepas letih2 dan mood x stabil..skang tunggu saat kelahiran aje..x sabar pulak rasanya...Heidi plak nak hilang status adik..haha. Lately nih mmg byk sikit ragamnya.,...semua hal nak buat seniri,isi air lam botol susu pun nak wat seniri,tutup paip air pas mandi pun nak buat seniri,nak masuk keta pun sendiri,makan nasik pun sendiri...adoi..kekadang hilang sabar jgk bab nih...maunya x...silap sikit ngamuk...tp bab ni sy cukup respect Imran...sabar aje bab layan kerenah anak2...x cam aku...hiks...yup..aku bukan dr kalangan ahli sabariah ye...hiks.

Next week checkup lg,makin dekat ni makin kerap la ulang alik klinik,tp kali ni semngat sngt nak g klinik for checkup,sbb time check up tu semua (3H la-Hannah,Heidi,Husband) pakat masuk n yg sngt excited Hannah la,mulut x benti tanya doc..macam2..nasib doc baik..layankan aje la.

Memula yang ni x nak scan..biar surprise sikit,tp doc scan jugak..ehhe...resultnya tunggu la baby kuar dulu...aku plak beli baju ikut suka hati aje...pink pun ada ye...tak kisah dah boy ke girl...tinggal perasaan x sabar dah. Awal kehamilan dulu nak sngt boy..cam dah x nak girl..tp masa melalui fasa alahan yg sngt2 teruk,sampai 2 bulan lbh x bleh wat apa....makn muntah..tgk makanan pun benci...time tula timbul rasa keinsafan sgt2...sapa la kita nak demand..nak tentukan anak boy ke girl..so semua nya sy berserah padaNya...sy percaya Dia bagi yang terbaik untuk hambaNya.....

Semoga Allah permudahkan urusan saya semasa proses deliver nanti....Amin.

Wednesday, February 9, 2011

Supaya saya tak lupa diri...

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar...
Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Dia Allah yang maha esa.

Saya tergerak hati nak kongsikan sedikit pengetahuan saya dalam bab boikot..maaf..jika saya tersilap,..saya masih di peringkat belajar.

Hukum Boikot Barangan Amerika
"Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM.
Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia

*jadi fikirkanlah sendiri..tak guna duk search firman Allah bab halal haram makanan yang disuap ke mulut kita,fikirkan kemana sen kita disalurkan hasil dr pembelian kita... Kita ada akal dan fikiran.. Jadi hal sebegini kecil rasanya x ada masalah nak nilaikan sendiri.
Kalo makanan tu bersih..beli kat kedai yg triple AAA gred kebersihannya..tp salurannya tetap ke jalan untuk memusnahkan saudara kita..jawapannya tetap HARAM.


Artikel ni sy petik dari seorang yang sudah lama boikot..
"Kat sini aku nak khabarkan bahawa tindakan boikot kita telah mula menampakkan kesannya pada restoren McD. Adik aku yang kerja kat situ telah mengesahkan yang jualan mereka merundum (walaupun masih boleh bertahan) sejak boikot ini dilancarkan. Walaupun aku mungkin berhadapan dengan masalah adik aku hilang pekerjaan jika McD gulung tikar, tapi aku janji kat diri aku sendiri aku akan tolong dia. Jadi teruskan tindakan boikot ini sebab saudara kita di PALESTIN lebih memerlukan pertolongan kita.

INGAT!!!!!!!!!!!! KITA BOLEH MEMBANTU SAUDARA KITA DISANA DENGAN TIDAK PERLU MENGELUARKAN SESENPUN PADA SYARIKAT ZIONIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Lama juga untuk memikirkan cara-cara yang boleh kita ambil untuk membantu mengalahkan atau sekurangnya melemahkan Israel . Ada yang mencadangkan agar kita boikot barangan Amerika dan barangan Israel kesemuanya tetapi terbukti bahawa senarai barangan tersebut terlampau banyak! Akhirnya, masing-masing berasa susah nak boikot dan rancangan boikot akhirnya gagal dan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Selepas berfikir agak lama, satu kaedah yang menarik dalam melumpuhkan dan merugikan Israel . Mari kita lihat Formula ini dan amalkan bersama!

Kita tolak ke tepi dulu fahaman politik dalam isu ini. Mari kita semua bersama-sama sepakat dalam isu ini agar Israel terasa tempias dan kesannya. Boikot gagal kerana terlalu banyak barangan yang ingin di boikot

Untuk mengatasi masalah ini, mari kita semua MEMBOIKOT SATU PRODUK dahulu iaitu McDonald. Kita semua maklum bahawa McDonald ialah syarikat Amerika yang dimiliki oleh tokoh-tokoh Yahudi.

Kesan dari tindakan ini ada 5:

1. McDonald akan mengalami kerugian besar kerana pelanggan - pelanggan Islam akan lari. Kekuatan dan kuasa pelanggan Islam akan terserlah apabila Mc Donald mencatatkan kerugian besar dari tindakan boikot yang dibuat oleh umat Islam.

2. Umat Islam tidak akan begitu tertekan kerana masih ada banyak pilihan lain . Justeru, formula ini tidak begitu membebankan..

3. Sampai ke satu tahap, McDonald terpaksa gulung tikar atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan untuk memulihkan imej. Mungkin McDonald terpaksa membuat sumbangan wang besar-besaran kepada keluarga mangsa-mangsa di Palestin.

4. Kesempatan ini boleh kita gunakan untuk diet. Makanan segera seperti di McDonald memang tak baik untuk kesihatan dan tidak seimbang..

5. Sekiranya dibuat secara terancang, satu demi satu syarikat Amerika dan Yahudi akan dikerjakan oleh umat Islam.

Justeru, saya lancarkan tahun 2009 sebagai tahun memboikot McDonald dan Yahudi...
Jangan di putuskan artikel/e-mail ini. War warkan kepada semua orang walau dengan apa cara sekalipun samada melalui email,blog,forum dan dari mulut ke mulut.

NUR SAKINAH HASSAN (USM)

Palestin sedang diserang oleh kaum Yahudi laknatullah...untuk kita sendiri pergi kesana,pegang senjata mungkin tidak mampu atau tidak sanggup...justeru itu ni la salah satu cara kita tolong saudara kita di sana. Mungkin sumbangan kita kecil aje dgn boikot,tp lebih baik dari x buat langsung. Dulu saya agak tertekan sbb makanan kegemaran saya (pizza hut) termasuk dlm list produk Amerika (McD Kegemaran suami) juga termasuk produk Amerika..tp atas rasa tanggungjawab,sy perlu boikot produk yg banyak membantu ekonomi puak yahudi. Saya masih ingt cerita kakak ipar saya yang mana anak kawannya sekecil 3 tahun pun dapat menahan dr meminum minuman kegemarannya (MILO-PRODUK NESTLE), inikan pula sya yg kiranya sudah cukup akal dan fikiran. Malu rasanya...

Jadi fikirkanlah wahai sahabat sekalian...

Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar....

Tuesday, January 25, 2011

2H dah start tido asing

Malam 24 jan lepas,sy telah cuba asingkan bilik 2H ni,ala x jauh pun,bilik sebelah dgn bilik sy aje,sbb bilik kat umah baru ni sempit sikit,x macam umah lama dulu,luas skali ngan bilik air lg,so x la rimas sngt dgn satu katil double n satu katil bujang (for 2H). So saya rasa nak pisahkan bilik, dah lama nak buat ni,tp Heidi asik nak tido berpeluk aje dgn sy,so sy rasa agak susah la nak asingkan bilik tido,Imran kata bg Hannah tido sorg jela bilik sbelah tu,tp x sampai hati la pulak bg Hannah tido sorg2,Hannah mmg dah lama nak tido bilik asing,dia pun tau rimas agaknya..hehe. So malam 24hb tu sy try la,tp Heidi memula kena peluk2 dulu sampai la dia tido,pastido tu sy tinggal la dua bradik tuh..3 jam pertama ok aje,pastu Heidi terjaga,,sedar la kot sy x de...sy g tepuk2..peluk2 dia..tidur balik...n terus sampai pagi.. Lega saya..kira berjaya la tuh cubaan malam pertama.

*ni gambar pg td,kira pg ke-2 la...tido berpeluk 2H ni.

Malam kedua,start tidur awal sikit,lam kul 9 camtu,sbb Hannah mmg kena tidur awal,kena bangun pg nak g skul,so far Hannah x de masalah,pas ajar baca bismillah terus la dia tidur,Heidi cam biasa la,,nak kena peluk,kena tepuk dulu..lam 20 minit gak la baru la dia tido,tp Heidi ni nak kena sendal dgn banyak bantal,baru dia rasa selamat kot. Sbb masa tido dgn saya dia sentiasa nak bersentuh dgn saya,if tetiba sy jauh sikit misti dia terjaga. So malam kedua totally berjaya la,x jaga langusng,Hannah pun x de la nak kejut g bilik air,alhamdulillah...senang aje nak pisahkan bilik dgn 2H ni..so dpt la sy tido dgn aman tanpa sempit2 lg..hehe..ala x lama pun sementara baby lahir ni,nanti bising berjga malam pulak,ni kira kasik can la 4 bulan..hehe.


tetiba rasa nak mengalir air mata tgk diorang cmni,nampak cam Hannah nak lindung adik dia..ok la tuh..Hannah saya nampak indipendent..ok la tu sbb dia kan anak sulong..hehe.

Heidi..ada nyamuk la pulop,arini nak g cari kelambu,sbb stakat ni diorang tido sy x tutup pintu bilik diorang,takut Heidi bangun tetengah malam cari sy,sbb Heidi x pandai lg buka pintu,x cukup pusingan lg nak bukak tombol pintu..hahaha.
Hannah...ok aje dia ni..sbb dah lama nak tido bilik dia ni.

Tetiba rasa nak hias bilik 2H ni...tp x de idea lg...hmmm..nak kena searh dulu..kalo boleh x nak la pinky sngt...hehe..nampak lembik aje pink pink ni...kekekekeh...

*ada byk gambar ttg 2H ni,tp sy x reti lg nak bluetooth dr enset ke lappy,sbb lappy baru upgrade..encik Imran asek bz aje nak ajar wife nih..hehe.

ok,nanti citer lg...enjoice ur tuesday!

Monday, January 3, 2011

New Life..New Hope... ;)

Salam....
Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua. Semoga tahun ini akan membawa diri kita ke arah lebih baik dari hari kelmarin.

Ye..sudah lama saya x mengupdate blog ini,alasannya jadul sy terlalu padat..tambahan pula saya baru aje habis alahan yg sngt teruk..hampir 2 bulan (kata suami saya 3 bulan) sy makan x menentu,asik berulang alik ke kedai,minum air kotak,sangat menyeksakan,sampai sy kena jadi penghuni hospital HSNZ selama 2 hari...eee ngeri..dan ini kali yg ke-3 sy lalui..tp alhamdulillah dah ok..bila ada yg bertnya..adakah sy serik?hmmmmmmmmmmm...jawapannya x kot..sbb suami sy sentiasa disisi memberi semngat kepada sy..uruskan anak2 semasa sy sakit...thanks Imran. Dan terima jugak kepda Tuhan atas segalanya. Kini saya dah ok,selera makan bertambah-tambah,tp sy masih lg kontrol takut pulak overweight...hehehe.

huh...sebenarnya saya telah pindah rumah,dan ramai yg tanya kenapa? Alasannya...banyak sangat dan alasan utama saya tentulah pasal kerja2 saya dah overload..dan x sesuai dengan umah lama yang sempit tuh dan bila time adik beradik sy balik semua keje2 sy tertangguh dah x de tempat nak simpan..so memang patut pun sy pindah...alhamdulillah keje2 sy semakin tersusun...syukur! Rumah lama nanti InsyaAllah kakak saya akan diami bersama ayah,dah saya rasa memang tepat pun sbb kakak saya baru aje kematian suami.... :(

Hmmmmm....arini permulaan jadual baru dalam kehidupan saya,Hannah dah start skul,w.pun hanya pre-skul tp sy sngt teruja melihat puteri sulong sy memakai seragam lengkap sekolahnya..dah besar dah anak sy..anak yg 9bulan lbh mendiami perut syamberkongsi makan,nyawa dan etc..x tahu nak gambarkan perasaan sy td..hehehe..alhamdulillah Hannah ok aje,x de la nangis bila sy tinggalkan dia td,memula bimbang juga sbb ada budak menangis,takut jgk spoiltkan mood dia..tp alhamdulillah..semua ok. Semoga Hannah akan jd anak solehah berjaya dunia dan akhirat...Amin.

bila dah lama x update blog ni..rasa byk sngt cerita nak kongsi,tp x tau nak citer cmner..hehehe.. Cuma sy berharap kita semua akan menjdi lebih baik...biarla kita saling mengingat...saya masih ingt masa memula sy dengar kuliah maghrib yg disampaikan oleh Ust.Azhar,hati sy rasa pedih sngt..sbbnya byk hal yg dia sampaikan tu terkena pd diri sy..hehe..dan insyaAllah sy akan cuba baiki diri sy ke arah lebih baik...dan byk hal yg sy belajar..dan byk benda yg sy cuba praktikkan dari apa yg sy dgr...terutama bab2 makan minum..sbbnya ianya akan menjadi darah daging kita...kekdang sy rasa agak lucu bila ada yg ditegur tentang kesalahannya..melenting nak marah,padahal sy kira dia tu orang yg educated (dr sya),tp x la belajar tinggi mana pun,bukannya nak ambil pengajaran dr apa yang ditegur sebaliknya dihebahkan kemarahan itu,lucunya...kalau la sy..bersykur bila ada yang tegur kesalahan,w.pun kekadang dlm bahsa agak kasar,tp bersykurla..sekurangnya ada yg perihatin tentang diri kita.

Dalam menjalani kehidupan kita seharian,byk tanggungjawab kita sebenarnya,tangunggjawab terhadap suami,adik beradik,anak2,jiran tetangga,kawan2 dan juga terhadap binatang.. Bimbang juga kalau sy tak mampu nak buat yang terbaik utk semua...

ok...gtg..Heidi dah bangun..lg 2 jam nak kena ambil Hannah dari skul..harap sy tidak terlambat dan terlupa.. :)