Wednesday, February 9, 2011

Supaya saya tak lupa diri...

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar...
Sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Dia Allah yang maha esa.

Saya tergerak hati nak kongsikan sedikit pengetahuan saya dalam bab boikot..maaf..jika saya tersilap,..saya masih di peringkat belajar.

Hukum Boikot Barangan Amerika
"Hukum memboikot barang AS kini jatuh WAJIB dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib, iaitu HARAM.
Beliau menegaskan hukum wajib itu tepat kerana adalah jelas AS dan Israel kini terus degil, sombong, takbur, bongkak, tidak berperikemanusiaan, musuh agama dam membunuh manusia tidak berdosa termasuk kanak-kanak, wanita dan warga tua di Gaza. "Usaha ini perlu berterusan dan jangan hangat-hangat tahi ayam," katanya. Dipetik dari Utusan Malaysia

*jadi fikirkanlah sendiri..tak guna duk search firman Allah bab halal haram makanan yang disuap ke mulut kita,fikirkan kemana sen kita disalurkan hasil dr pembelian kita... Kita ada akal dan fikiran.. Jadi hal sebegini kecil rasanya x ada masalah nak nilaikan sendiri.
Kalo makanan tu bersih..beli kat kedai yg triple AAA gred kebersihannya..tp salurannya tetap ke jalan untuk memusnahkan saudara kita..jawapannya tetap HARAM.


Artikel ni sy petik dari seorang yang sudah lama boikot..
"Kat sini aku nak khabarkan bahawa tindakan boikot kita telah mula menampakkan kesannya pada restoren McD. Adik aku yang kerja kat situ telah mengesahkan yang jualan mereka merundum (walaupun masih boleh bertahan) sejak boikot ini dilancarkan. Walaupun aku mungkin berhadapan dengan masalah adik aku hilang pekerjaan jika McD gulung tikar, tapi aku janji kat diri aku sendiri aku akan tolong dia. Jadi teruskan tindakan boikot ini sebab saudara kita di PALESTIN lebih memerlukan pertolongan kita.

INGAT!!!!!!!!!!!! KITA BOLEH MEMBANTU SAUDARA KITA DISANA DENGAN TIDAK PERLU MENGELUARKAN SESENPUN PADA SYARIKAT ZIONIS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

"Lama juga untuk memikirkan cara-cara yang boleh kita ambil untuk membantu mengalahkan atau sekurangnya melemahkan Israel . Ada yang mencadangkan agar kita boikot barangan Amerika dan barangan Israel kesemuanya tetapi terbukti bahawa senarai barangan tersebut terlampau banyak! Akhirnya, masing-masing berasa susah nak boikot dan rancangan boikot akhirnya gagal dan sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Selepas berfikir agak lama, satu kaedah yang menarik dalam melumpuhkan dan merugikan Israel . Mari kita lihat Formula ini dan amalkan bersama!

Kita tolak ke tepi dulu fahaman politik dalam isu ini. Mari kita semua bersama-sama sepakat dalam isu ini agar Israel terasa tempias dan kesannya. Boikot gagal kerana terlalu banyak barangan yang ingin di boikot

Untuk mengatasi masalah ini, mari kita semua MEMBOIKOT SATU PRODUK dahulu iaitu McDonald. Kita semua maklum bahawa McDonald ialah syarikat Amerika yang dimiliki oleh tokoh-tokoh Yahudi.

Kesan dari tindakan ini ada 5:

1. McDonald akan mengalami kerugian besar kerana pelanggan - pelanggan Islam akan lari. Kekuatan dan kuasa pelanggan Islam akan terserlah apabila Mc Donald mencatatkan kerugian besar dari tindakan boikot yang dibuat oleh umat Islam.

2. Umat Islam tidak akan begitu tertekan kerana masih ada banyak pilihan lain . Justeru, formula ini tidak begitu membebankan..

3. Sampai ke satu tahap, McDonald terpaksa gulung tikar atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan untuk memulihkan imej. Mungkin McDonald terpaksa membuat sumbangan wang besar-besaran kepada keluarga mangsa-mangsa di Palestin.

4. Kesempatan ini boleh kita gunakan untuk diet. Makanan segera seperti di McDonald memang tak baik untuk kesihatan dan tidak seimbang..

5. Sekiranya dibuat secara terancang, satu demi satu syarikat Amerika dan Yahudi akan dikerjakan oleh umat Islam.

Justeru, saya lancarkan tahun 2009 sebagai tahun memboikot McDonald dan Yahudi...
Jangan di putuskan artikel/e-mail ini. War warkan kepada semua orang walau dengan apa cara sekalipun samada melalui email,blog,forum dan dari mulut ke mulut.

NUR SAKINAH HASSAN (USM)

Palestin sedang diserang oleh kaum Yahudi laknatullah...untuk kita sendiri pergi kesana,pegang senjata mungkin tidak mampu atau tidak sanggup...justeru itu ni la salah satu cara kita tolong saudara kita di sana. Mungkin sumbangan kita kecil aje dgn boikot,tp lebih baik dari x buat langsung. Dulu saya agak tertekan sbb makanan kegemaran saya (pizza hut) termasuk dlm list produk Amerika (McD Kegemaran suami) juga termasuk produk Amerika..tp atas rasa tanggungjawab,sy perlu boikot produk yg banyak membantu ekonomi puak yahudi. Saya masih ingt cerita kakak ipar saya yang mana anak kawannya sekecil 3 tahun pun dapat menahan dr meminum minuman kegemarannya (MILO-PRODUK NESTLE), inikan pula sya yg kiranya sudah cukup akal dan fikiran. Malu rasanya...

Jadi fikirkanlah wahai sahabat sekalian...

Allahuakbar..Allahuakbar...Allahuakbar....